Sepi Tanpa Cinta?

 Assalamualaikum,

Saya memilih cinta di awal entry saya. Ini kerana awal kehidupan dan keabadian adalah tentang cinta. Maka itu menjadi seorang muslim kita hendaklah sedar tuntutan untuk beriman untuk setiap jiwa yang waras di muka dunia ini adalah mencintai Allah dan rasulnya juga bahawa sabda Nabi saw bersabda tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.

Saya yakin, Yang Maha Cinta menetapkan iman dan cinta seiring kerana inilah cinta sebenar yang perlu dipelajari, ditekuni, diamalkan dan disebarkan sebaik mungkin. Sebagai seorang islam dengan iman kita tahu kebaikan teratas adalah mengesakan Allah swt, tidak menyekutuiNya dengan selainNya, pengakuan akan kebenaran Nabi Muhammad saw sebagai rasul Allah diikuti dengan rasul-rasul dan nabi-nabi lain utusan tuhan untuk memberitahu kebenaran ini. Lalu dengan itulah datanglah cinta-cinta lain seperti mencintai kebenaran dan keadilan. Memakmurkan bumi bersama-sama sesama saudara lain dengan saling cinta lagi kasih mengasihi. Kita bukan robot yang hanya mengenal bahasa binari 01 atau binatang dengan undang-undang rimba.

Malangnya, cinta yang ditanam dalam kepala kita adalah rojak. Dimana kepala di mana ekor. Berselirat dengan cinta uda dara, ibu bapa, suami isteri, adik beradik, sahabat handai atau artis? Mana model kita Rasulullah? Saya terpaksa katakan begini kerana inilah hakikat yang harus kita telan. Anak-anak muda meraung meratap bila artis korea mereka mati bunuh diri, eksiden masuk longkang atau bercerai berai. Macam kes Neelofa kemungkinan besar difitnah berkahwin awal dengan tunangnya PU Riz dan macam2 lagi cerita buruk tentang mereka dalam tempoh pertunangan mereka, betapa remaja membazir masa menganalisa kehidupan peribadi artis ini siap dengan kupasan-kupasan insiden dulu kini dan telahan akan datang. Mujur sahaja mereka ikon baik yang berpurdah berjaya dalam bisnes dan seorang PU pula tunangnya. TAPI< pujaan pujaan lain mereka? artis barat, artis korea? pemimpin tak guna barat atau mana2 sahaja yang tak boleh dihadap. Siapa yang tanam? Media masa, kebebasan berfikir yang keterlaluan dan sistem pendidikan yang mundur? TAPI... saya lebih menyalahkan media masa.

Saya sendiri, yang lahir pada 1980 mengakui diri adalah mangsa cinta bollywood dan Star Wars. Saya percaya lelaki adalah sumber kebahagiaan hingga tercari-cari suami adalah agenda terbesar matlamat hidup. Bollywood mempengaruhi kepala otak untuk jadi minah jiwang karat tumpul. Star Wars pula secara diam tak diam sebenarnya menjadikan saya amat mengagumi kehebatan pengarah mengolah kejahatan dan kebaikan dalam bentuk 'force'. Jadinya dan kononnya, 'force' itu saya kaitkan dengan kehendak tuhan yang sentiasa bersama saya sebab apa saya pun tak tahu melainkan rasa 'in' (Maaf, saya tak dapat terangkan dengan baik hal ini). Betullah juga kalau suami sumber kebahagiaan kalau dia menjaga iman. Cuma kalaulah syurga dirinya sendiri pun macam lari ke tengah laut dalam gelap hitam pekat, boleh diharap dia bawa kita ke syurga pula? ahahahahaha... lelaki oh lelaki (Maaf, feminis sikit). Still masih silap lagi, bukan cari lelaki beriman untuk menjadi beriman! lalu dapat syurga. Ahhhh........ rojak ini terlalu gado-gado. Media masa telah memporak perandakan emosi dan akal fikiran dengan begitu dahsyat sekali.

Pendeknya saya nak kata, kesukaran besar kita mengenal cinta kerana kita diperanguhi media yang jahat! Kill them or our children will be destructively affected. War against who? Media masa atau penggenggam teknologi media masa?

Isnin 28.12.2020 11:40pagi

Comments

Popular posts from this blog

Yahudi dan Jiwa-Jiwa Yang Merdeka

Bakar Air Hendakkan Abu: Menari dengan siapa?