Bakar Air Hendakkan Abu: Menari dengan siapa?
Assalamualaikum,
Bagaimanalah boleh didapatkan abu jika yang dibakarnya air? Fikirlah sampai ke pluto patah balik bumi pergi ulang alik sejuta kali pun, takkan dapat apa yang dihajati. Bayangkan anda menyangka hanya bersuka-suka sedangkan membuka pintu tarian iblis dan menyangka akan ke syurga?
Jadi secara ringkasnya walaupun hendakkan abu itu seperti perbuatan mudah, kita perlulah bertindak dengan cara yang betul atau kata lainnya ilmu yang betul dalam mendapatkan abu. Ilmu yang betul akan membuahkan amalan yang betul. Tanpa ilmu suatu amalan binasa tanpa amalan pula suatu ilmu itu menjadi sia-sia.
Banyak perkara yang kita lakukan boleh jatuh sia-sia dan merugikan. Contohnya kalau kita lakukan dengan tidak ikhlas, maka tiada pahala kepada amalan tetapi berangan-angankan syurga. Entri sebelum ini saya bercakap tentang iblis, iblis ni tidak akan mampu menggoda umat Nabi Muhammad saw yang ikhlas! Ikhlas adalah perbuatan yang menyandarkan segala sesuatu kerana Allah swt semata-mata.
Saya ini hanya pendosa yang telah sekian lama mabuk menari dengan iblis namun menyangka-nyangka syurga tetap milk saya. Adakah kebodohan boleh dimaafkan. Menyangka tuhan akan datang menyelamatkan si perempuan konyol naif dalam dunia cinta errrrr cinta dunia tanpa perlu berusaha mencari jalan yang lurus dan berjalan di atasnya dengan yakin pula?
Mana ada orang ikhlas beramal dosa! Yang ada adalah ikhlas dalam taubat, amal-amalan taubat dan untuk terus berada di jalan taubat kerana saya bukan orang warak dalam baktinya dan kesolehannya. Sekurang-kurangnya dengan jalan ini, saya tidak mengharapkan abu sambil membakar air lagi!
Doakan saya.
Comments
Post a Comment