Keajaiban Alam ~ Sains dan Semesta
Assalamualaikum, Tiap kali membaca ayat 3-4 Al Mulk, saya sangat terkesan dengan ayat itu yang meminta kita melihat alam dan mencari jika ada kecacatan. Ciptaan tuhan ini seimbang dan kita di suruh mengulangi pemerhatian malah akan hanya kepenatan kerana tiada cacatnya. Ia SEIMBANG. Baca sedikit di google tadabbur ayat 3-4 surah Al Mulk dapatlah sedikit pengetahuan bahawa ia memang ada kaitan dengan sains. Saya amat meminati sains cuma rezeki saya di bidang sastera perundangan pula. Dulu masa saya kecil-kecil saya suka melihat alam dan wajah manusia dan berfikir-fikir semuaya seimbang. Pasti ada sebelah bagi yang sebelah lagi dan kemudian saya bandingkan dengan huruf 'G' mana seimbangnya? ia soal jawab yang suka-suka hinggalah saya membaca Al Mulk sebagai amalan dan tadabbur disebuah fb yang tuhan meminta kita perhatikan bukan dengan semberono. Perkataan arab yang ada di ayat 3-4 surah itu dibincang-bincangkan membawa maksud tuhan meminta kita perhatikan dan belajar dan ment...