Keajaiban Alam ~ Sains dan Semesta

 Assalamualaikum,

Tiap kali membaca ayat 3-4 Al Mulk, saya sangat terkesan dengan ayat itu yang meminta kita melihat alam dan mencari jika ada kecacatan. Ciptaan tuhan ini seimbang dan kita di suruh mengulangi pemerhatian malah akan hanya kepenatan kerana tiada cacatnya. Ia SEIMBANG. Baca sedikit di google tadabbur ayat 3-4 surah Al Mulk dapatlah sedikit pengetahuan bahawa ia memang ada kaitan dengan sains. 

Saya amat meminati sains cuma rezeki saya di bidang sastera perundangan pula. Dulu masa saya kecil-kecil saya suka melihat alam dan wajah manusia dan berfikir-fikir semuaya seimbang. Pasti ada sebelah bagi yang sebelah lagi dan kemudian saya bandingkan dengan huruf 'G' mana seimbangnya? ia soal jawab yang suka-suka hinggalah saya membaca Al Mulk sebagai amalan dan tadabbur disebuah fb yang tuhan meminta kita perhatikan bukan dengan semberono. Perkataan arab yang ada di ayat 3-4 surah itu dibincang-bincangkan membawa maksud tuhan meminta kita perhatikan dan belajar dan mentelaah mengaji kemudian perhatikan lagi.

Jadi, saya sebelum ni teringat juga yang sains asasnya adalah bukti sebuah kajian berulang yang mempunyai dapatan yang sama setelah ujian dengan disiplin yang sama diaplikasikan beberapa kali. Kemudian saya teringat Einstein dan teori fiziknya tentang tarikan graviti. 

Cuba renung sejenak. Teori ini seimbang di mana

Apabila begini  = Maka jadi begini. 

F                        = G (X) m1m2/r2

Banyak lagi teori teori sains yang berasaskan kepada keseimbangan sebegini. 

Banyak juga saya baca para pengkaji atau para ilmiah seperti doktor dan pakar pengkaji purba masuk islam apabila mereka menemui ayat-ayat yang menerangkan secara ilmiah yang hanya boleh dibuktikan sekarang apabila teknologi membangun sedangkan ketika al quran diturunkan dengan pengetahuan sedemikian tidak mungkin tercapai kerana tiadanya alat teknologi. Ia memang ayat2 dari Sang Pencipta AL Khaliq! Malangnya walaupun Albert Einstein mengatakan yang alam semesta ini tidak diciptakan tuhan sambil melemparkan dadu, dia tidak diketahui agamanya. Begitu juga si Stephen Hawking hampir enggan mengakui kewujudan tuhan.

Kita tak hidup zaman barat dirundung kegelapan dengan paderi seleweng mereka sedang waktu itu islam sedang membiak kembang dengan jaya yang hebat dahsyat. Ilmuan islam seperti Ibnu Sina, Al Kindi, Al Ghazali dan banyak lagi yang menguasai banyak bidang dalam satu masa. Ada yang sehingga tercipta buku trigonometri kos,sinus, tangen oleh Omar khayam (1408-1131M)........ uughhh..

Saya hanya ada otak penyu... mudah2an. Biar jauh mengembara tetap tahu jalan pulang!


Comments

Popular posts from this blog

Yahudi dan Jiwa-Jiwa Yang Merdeka

Sepi Tanpa Cinta?

Bakar Air Hendakkan Abu: Menari dengan siapa?