Ikhlas~ Cahaya Terulung Manusia

Assalamualaikum,

Tiada yang mampu mengalahkan keikhlasan waima si iblis. Iblis mengaku sendiri depan junjungan besar kita Nabi Muhammad saw, dia akan melakukan segala hasutan tipu daya ke atas anak cucu adam, namun............. tak mampu bagi yang ikhlas.

Aku boleh menari tergolek-golek atas rumput padang menghijau bak hindustan dan lagu cintanya meraikan kemenangan yang dijanjikan ini, akan tetapi memahami hakikat ikhlas seumpama semut hitam di atas batu hitam di malam gelap gelita, mana nak 'cari' keikhlasan. Mustahil?

Kalau cakap dengan logik akal terpaksalah carik kanta bagai... tak perlu, kita ini memang hamba tuhan. Kita mengikhlaskan segala-galanya 'sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah tuhan sekelian alam' dan ikrar ini kita ulang-ulang setiap kali solat. Tidakkah kita memaksudkan ikrar kita ini?

Ya, kita kadang-kadang terbabas, tergelincir, terjatuh, terluka, dan segala 'ter' yang ada namun, itu hanyalah menunjukkan yang kita ni manusia. Manusia bertuhankan Ilahi. Kembali kita lagi dan lagi kepadaNya.

Sesungguhnya tuhan memberi tamsil kebenaran yang amat agung iaitu cahaya atas cahaya dan lawannya kegelapan di bawah kegelapan. Sesungguhnya, Allah jua yang mengeluarkan kita daripada kegelapan kepada cahaya. Allah memerintahkan kita mengambil islam secara keseluruhan dan syaitan itu musuh yang nyata. Dengan itu mudah2an kita akan sentiasa di atas kebenaran. Senjata kita sebagai mukmin yang mengimani Allah dan rasul Muhammad, ikhlas beragama dan seterusnya hidup dengan islam, ikhlas ini ibarat tongkat sakti yang tak boleh dipatahkan oleh pihak lawan. Tongkat sakti pun boleh patah kan?.. ikhlas is so way greater than that. Ia senjata teragung mematahkan kejahatan kegelapan ini.

Ikhlas perlu difahami bukanlah kerana diri sendiri mengkehendaki melakukannya tapi kerana diri sendiri mengkehendaki melakukannya (sesuatu) kerana/bersandarkan Allah. Lillahi Taala. Oleh yang maha baik, mudah2an amal kita menjadi kebaikan disisiNya. Sebab tu mana ada orang orang ikhlas nak buat jahat? 





Comments

Popular posts from this blog

Yahudi dan Jiwa-Jiwa Yang Merdeka

Sepi Tanpa Cinta?

Bakar Air Hendakkan Abu: Menari dengan siapa?