Hati-hati Bila berMain Akal....
Assalamualaikum, Menurut Imam Al Ghazali setelah membahagikan akal kepada beberapa makna yang saya tak kongsikan di sini, 'Orang Berakal' ialah orang yang mampu memperhitungkan akibat-akibat yang timbul daripada sesuatu dan menundukan hawa nafsu yang mengajak kepada kesenangan sementara. Imam Al Ghazali seterusnya mendefiniskan lagi akan akal ini kepada beberapa tingkatan lagi yang berkaitan dengan iman (keupayaan mengenal tuhan sebenar iaitu Allah swt atau menafikan atau sesat). (Saya kira ini inti penting untuk dikongsikan bersama untuk kita 'sedar' adakah kita dikira 'orang berakal' selebihnya tuan-tuan dan puan-puan dituntut untuk menelaah sendiri). Akal sangat unik. Menurut satu tesis yang saya jumpa di google, dalam Quran tidak ada pun sama sekali merujuk akal kepada kata nama tetapi akal adalah kata kerja (macam makan, lari, gosok, tibai dll). Maklum sahaja ianya berbentuk perbuatan. Maka, saya rumuskan disini ia adalah satu daya yang kita gerakkan untuk ...