Hati-hati Bila berMain Akal....

Assalamualaikum,

Menurut Imam Al Ghazali setelah membahagikan akal kepada beberapa makna yang saya tak kongsikan di sini, 'Orang Berakal' ialah orang yang mampu memperhitungkan akibat-akibat yang timbul daripada sesuatu dan menundukan hawa nafsu yang mengajak kepada kesenangan sementara. Imam Al Ghazali seterusnya mendefiniskan lagi akan akal ini kepada beberapa tingkatan lagi yang berkaitan dengan iman (keupayaan mengenal tuhan sebenar iaitu Allah swt atau menafikan atau sesat). (Saya kira ini inti penting untuk dikongsikan bersama untuk kita 'sedar' adakah kita dikira 'orang berakal' selebihnya tuan-tuan dan puan-puan dituntut untuk menelaah sendiri).

Akal sangat unik. Menurut satu tesis yang saya jumpa di google, dalam Quran tidak ada pun sama sekali merujuk akal kepada kata nama tetapi akal adalah kata kerja (macam makan, lari, gosok, tibai dll). Maklum sahaja ianya berbentuk perbuatan. Maka, saya rumuskan disini ia adalah satu daya yang kita gerakkan untuk digunakan. Akal adalah digerakkan kepada sesuatu. Contohnya bila kita lari, medium lari adalah kaki digerakkan dengan laju. Contoh lain ialah makan. Perbuatan makan perlu ada medium seperti mulut dan makanannya. Jadi akal adalah daya fikir yang menggunakan otak dan dia berlangsung bukan dalam keadaan diam tapi dari satu titik fikiran kepada satu fikiran lain.  Make sense? Saya 'eloborate' sebab saya terkesima sedikit dengan sifat sebenarnya yang bekerja. Jadi tak hairanlah yang dunia termasuk alam cakerawala yang terjangkau sentiasa dimakmurkan dari satu ketamadunan ke ketamadunan yang lain. Tak henti-henti hingga kiamat bertandang. 

TETAPI kata kerja 'akal' digunakan dalam al quran adalah bersifat masa-kini dan dan masa-lampau. Bersifat mengawal, mengikat dan menghalang dari terjerumus ke dalam dosa. Cuba 'relate'kan dengan ritual ritual agama lain yang mempunyai alasan disebalik setiap ritual itu? bagaimana akal mereka boleh jauh ke sana? contohnya hindu yang mempunyai kuil-kuil suci serata dunia seperti masjid-masjid kita. Mereka memohon doa melalu 'batu' berhala. Jika mereka logik atau berakal atau mereka punyai satu lagi mata mistik? (bolehkah diperbandingkan dalam islam sendiri ada beriman kepada perkara ghaib? Ya, hal-hal ghaib seperti rukun iman kita yang enam). Saya pernah sekali pergi ke ceramah perbandingan agama dan saya sangat suka mendengar ceramah-ceramah Zakir Naik. Mungkin tuan-tuan dan puan-puan boleh faham kenapa perenggan ini saya ketengahkan.

                           Gambar saya dan adik beradik perempuan di Masjid Nabawi: 2011


Kita kecilkan skop kita kepada peranan akal kepada diri marhaen kita. Saya kongsi sedikit tadi akan tingkatan akal berhubung iman yang diketengahkan oleh Imam Al Ghazali. Saya berpendapat dengan akal maka kita mampu menemui kebenaran. Dan kebenaran mutlak bahawa tuhan itu adalah satu iaitu Allah swt. Diikuti perutusan rasul-rasul untuk membimbing kita kepada kebenaran ini dan cara sebenar menjalani kehidupan. Dalam entry saya sebelum ini, untuk beriman, cinta kepada Allah dan Muhammad Rasulullah adalah kemestian. Sedangkan cinta adalah rasa yang datang dari hati perasaan (saya akan buka satu entry lain lebih spesisfik untuk 'hati').

Imam Al Ghazali juga ada mengatakan akal yang menafikan kebenaran ini atau akal yang membenarkan/memperakui kebenaran ini tetapi berada dihujung kesesatan. Yahudi dan nasrani misalnya atau agama-agama pagan seperti penyembah matahari atau agama nenek moyang seperti buddha dan hindu. Menurut Zakir Naik dalam ceramahnya yang boleh dicari di Youtube, tuhan akan mencari setiap individu di dunia ini memperkenalkan dirinya. Berdasarkan kajian dan hujah-hujahnya yang saya tak ingat apa, tuhan sendiri yang akan 'datang' kepada setiap jiwa di dunia ini. Kita juga akan dapati firman-firman tuhan yang mengatakan Dialah yang tahu siapa berhak kepada hidayahNya. 

Saya berasa kata-kata Zakir Naik ada benarnya sebab saya yakin setiap kita akan sekurang-kurangnya diberi ilham tentang pencarian ketuhanan. Tentang kebenaran yang kita percayai ini. Atau keadaan-keadaan pengalaman yang menunjukkan adanya tuhan atau siapakah tuhan. Gerak hati yang kuat atau hasil dakwah yang terkesan dihati atau entah cara mana yang kita tak terfikir pun, tuhan akan mencari kita tinggal kita pula mencari kebenarannya. Di sini akal memainkan peranan yang sangat besar. Kerana akal juga bersifat mencerap. Mempunyai daya untuk menerima maklumat dan kemudian diproses.

Baik, kita akan pergi kepada penggunaan akal logik berdasarkan sebab-akibat-pembuktian yang amat sinonim untuk tamadun kita sekarang ini kerana kita maju dengan sains. Asas sains ialah ujian-ujian yang dijalankan beberapa kali dan memberikan keputusan yang sama lalu terbukti. Tidak ada percanggahan dan ia berkembang membentuk teknologi lalu alam menjadi makmur sekali kini. Oleh kerana kita tidak berada di zaman silat yang menunjukkan banyak unsur mistik atau zaman Nabi Muhammad sendiri yang memperlihatkan mukjizat diluar akal logik atau karomah kewalian terkenal seperti di zaman para sahabat dan tabiin, maka masyarakat kita sangat menuntut penjelasan yang boleh dicapai akal dalam hampir setiap perkara. Menempatkan akal sangat tinggi hingga terbentuk cabang-cabang dalam agama islam sendiri juga berlaku. Ini kerana sebagai umat islam fikiran kita hendaklah terkawal atau berpandukan alquran dan hadis. Mana-mana perkara yang diputuskan oleh quran dan hadis bukan untuk akal mendepani tetapi mematuhi atau mengambil kebaikan daripadanya. Golongan-golongan yang mengagungkan akal adalah seperti Mu'tazilah, Syiah dan terkini lebih dikenali ringkas sebagai wahabi atau liberal. Seperti Ateis yang hendakkan penjelasan logik dan bukti akal cuma ateis tidak ada rukun iman maka hujahan mereka tak termasuk kewujudan enam perkara iman itu iaitu Allah, rasul2 dan  nabi2, Kitab2 langit, hari akhirat, malaikat dan qada' qadar. Namun, sebenarnya pada saya rukun iman kita boleh dibuktikan dengan kebenaran bahawa Quran adalah buku saintifik kebenaran kata-kata dari tuhan yang sebenar. Maka segala isinya adalah tentang hal sebenar dan hakikat kebenaran itu sendiri.

TETAPI cuba renungkan akal sehebat stephen Hawking cakap pasal black hole bagai atau Einstein yang menemui rumus momentum hadiah nobel bagai tak pula jumpa tuhan. Atau dia memilih menafikan tuhan dan menafikan kebenaran?

Bagi saya, saya tidak mengkaji agama-agama lain untuk melihat kebenaran. Cukuplah keagungan kalimah laailahaillah muhammadur rasulullah. Menafikan apa apa tuhan sekalipun itu ada melainkan Allah. Membenarkan Muhammad sebagai rasul sedangkan kalimah itu terbuka kepada kebenaran rasul-rasul lain (yang terbukti dengan sejarah). Keagungan mukjizat nabi Muhammad iaitu Quran bukan sahaja buku tentang kepercayaan beragama tapi tentang sains dan dalil dan pembuktian. Cukup juga bagi saya berpegang dengan keadilan para sahabat, kebijaksaaan dan kecintaan para tabiin dan wali wali keramah islam yang mencintai Allah dan rasulnya yang pasti mencintai kebenaran dan keadilan. dan keindahan azan yang tak berhenti melaung sahut menyahut mengelilingi dunia dan ia ilham bukan wahyu mahupun hadis tetapi daripada mimpi. Kehebatan ini terpelihara olehh tuhan yang benar. Terlalu suci dan syahdu tiada unsur-unsur kekotoran. Malah istilah cahaya atas cahaya  vs kegelapan di bawah kegelapan, hanya dari tuhan yang maha mengetahui sahaja boleh bertamsil begitu indah dan agung sekali.

Akhir kata, mari kita renungkan bersama ayat di bawah:

“Seandainya kami mendengar dan berakal maka pasti Kami tidak termasuk penghuni neraka.” (al-Mulk:10)








Comments

Popular posts from this blog

Yahudi dan Jiwa-Jiwa Yang Merdeka

Sepi Tanpa Cinta?

Bakar Air Hendakkan Abu: Menari dengan siapa?