Sedikit Kata Mukaddimah Untuk Pembaca Budiman
Alhamdulillah, segala puji-puji saya panjatkan kepada Allah Yang Maha Agung.
Oleh kerana hidup ini sementara. Saya terpanggil untuk merekodkan sedikit pendapat peribadi saya tentang kehidupan ini di maya ini. Mudah-mudahan ia menjadi ibadat yang baik di sisi tuhan. Pendapat peribadi saya mungkin hanyalah pemikiran-pemikiran hasil daripada beberapa bacaan yang tidak melibatkan kajian mendalam seperti penghasilan tesis tetapi hanya melalui beberapa bahan bacaan, siri pengalaman peribadi atau kisah2 cerita kawan-kawan. Saya yakin, sebagai seorang manusia kita dianugerahkan fikiran dan berlaku proses soal jawab dalam diri. Mungkin dalam proses soal jawab ini, sama ada jawapan kukuh telah diperolehi atau tidak, saya ingin berkongsi proses-proses ini.
Kenapa saya memberikan tajuk AKALHATI kepada blog ini saya ingin memberi beberapa pengataan yang mungkin sedikit 'defensive' tetapi saya rasakan perlu sekali. Penjelasan ini perlu kerana saya hanya orang awam yang tidak mempunyai lulusan akademik tinggi dalam bidang agama, perubatan mahupun sains untuk mengupas berkaitan akal dan agama atau beberapa isu lain yang berkaitan melainkan sedikit bekal kehidupan segulung Ijazah Sarjana Undang-Undang dari sebuah universiti tempatan (nak claim saya ada otak lagi ni, hahaha).
Saya cuma berpegang kepada kedudukan jiwa-jiwa manusia yang islam adalah berbekalkan Al Quran dan Hadis. Kami, jiwa jiwa marhaen ini bukan taklid buta hingga tidak boleh membincangkan isi Al Quran dan Hadis dalam meniti kehidupan seharian kami di muka bumi ini, hingga ke alam keabadian nanti. Jadi, tulisan-tulisan saya disini adalah berbahasa pasar, dan mudah-mudahan difahami rakan banyak yang lain.
Sekian, disclaimer saya. Hmmmm.
Maafkan saya, jika fikiran saya yang terkongsi nanti terlalu cetek hingga mengelirukan. Jika ada kesalahan mohon ditegur di ruangan komen malah saya amat terbuka kepada pendapat-pendapat untuk kita bertukar-tukar fikiran.
Jika sepi blog ini, sepilah hati saya.
Assalamualaikum.
Isnin 28.12.2020 10.34pagi
Comments
Post a Comment