Ceritera Undang-Undang dan Aku

 


Assalamualaikum,

Hidup memang payah. Sama ada kita menguasai kehidupan atau kehidupan menguasai kita. Yelah, sama ada kita yang set peraturan kehidupan dan hidup dengan peraturan tersebut atau kehidupan yang memakan kita dengan peraturannya. Contoh mudah - aku nak kurus jadi aku makan sehari sekali dengan nasi sejemput dan air 2 liter setiap hari ATAU aku tak pikir pasal makan tapi peraturan kehidupan kata orang yang tak jaga makan biasanya gemuk dan mati cepat sebab sakit. Contoh sahaja. Namun, dengan apa pun alasan, aku masih lagi membiarkan diri dikuasai kegemukan dan akibatnya bakal ditimpa penyakit yang mula menunjukkan kelibat.

Namun, dikesempatan ini aku ingin bercerita apa yang aku faham dengan sistem perundangan di Malaysia ini. Aku mulakan di sini dengan zaman British yang memperkenal sistem 'common law' kepada kita dan terbentuklah mahkamah sivil. Apa itu 'common law'? ia adalah undang-undang adat negara England semenjak 1700an yang dipakai dimahkamah-mahkamah dan keputusan mahkamah yang tinggi kedudukannya mengikat mahkamah yang di bawahnya. Sistem 'mengikat' ini dipanggil 'duluan' atau keputusan yang diputuskan terlebih dahulu oleh mahkamah lebih tinggi menjadi duluan kepada mahkamah bawahannya. Undang-undang adat england ini dibawa oleh British ke Tanah Melayu dan kemudian dikodifikasikan oleh akta Undang-Undang Sivil 1956 dengan mengatakan bahawa had pemakaian undang-undang 'common law' ini setakat tahun 1956 sahaja. Selebihnya Statut ataupun undang-undang yang diluluskan diparlimen yang diwartakan menjadi akta/statut adalah terpakai. Namun sistem duluan tetap terpakai di mahkamah-mahkamah di Malaysia. Yang mana bermula dari mahkamah tertinggi iaitu keputusan Mahkamah Persekutuan akan mengikat keputusan Mahkamah Rayuan dan keputusan Mahkamah akan mengikat keputusan Mahkamah Tinggi dan keputusan Mahkamah Tinggi akan mengikat Mahkamah Sesyen dan keputusan Mahkamah Sesyen akan mengikat keputusan Mahkamah Majistret. Tetapi undang-undang yang dipakai walaupun kononnya dibahas oleh wakil rakyat dan diluluskan oleh parlimen, asas  atau rangka isi undang-undang tersebut dicedok bulat-bulat daripada common law tadi tapi diubah sana sini masa perbahasan di parlimen disesuaikan dengan undang-undang setempat contohnya ikut kebiasaan setempat.

Common law tadi, ikutkan sejarah perkembangannya, oleh kerana korupsi gereja dan keluputan masa sesetengahnya menjadi tidak relevan kepada keadilan lalu terjadilah satu doktrin yang dipanggil 'equity' mencelah. Ekuiti ialah doktrin undang-undang yang menekankan falsafah Hati Nurani dan 'common sense'. Dengan campur tangan institusi raja England masa tu (tahun bila entah, boleh google untuk info lebih detail) maka jika berlaku percanggahan antara common law dan equity, maka equity akan mengatasi. Secara ringkasnya, undang-undang yang dipakai di Malaysia kini adalah pokoknya dari common law tetapi bersemangatkan celahan equity dan kemudian berwakil rakyatkan politision penuh wibawa yang diundi rakyat marhaen yang menyaksikan insiden lompat parti tanpa segan silu, entah mana pendirian mereka, maka terjadilah akta/statut bertulis yang digunapakai oleh hakim-hakim di tempat duduk masing-masing. Hendaklah diketahui oleh rakyat jelata sekalian, adalah menjadi pegangan hakim mahkamah tertinggi yang diikuti hakim hakim bawahannya, jika isu yang dibangkitkan di hadapan hakim tentang cara sebenar nak interpretasi statut/akta tersebut, hakim hakim ini berpendirian tak masuk campur kerana menganggap wakil wakil rakyat sekalian lebih tahu mengapa ia dicipta demikian sekali. Boleh tak anda bayangkan kuasa apa yang anda bagi kepada wakil-wakil rakyat ni semasa anda mengundi?

Nak cerita Rothwild, freemason, iluminati dan semua teori konspirasi pun tak lalu.

Aku? Aku mula mengundi tahun 2018 haritu. Masa umur dah 38 tapi baru ada kesedaran nak membangunkan demokrasi dengan kononnya bertanggungjawab dengan pilihan. Ya, aku memilih PH masa tu. PH dah tumbang dan diganti PN. Lakon layar perletakkan jawatan Tun M masih diingatan. Aku bersyukur diambil alih oleh orang yang warak seperti Muhyidin Yassin. Namun, apakah pilihan kita di PRU akan datang?

#akuhanyalahpendosayangberhempaspulasmencarirahmatNya





Comments

Popular posts from this blog

Yahudi dan Jiwa-Jiwa Yang Merdeka

Sepi Tanpa Cinta?

Bakar Air Hendakkan Abu: Menari dengan siapa?