Laknatullah Iblis: Kecelakaan Abadi
Assalamualaikum,
Saya baru sahaja menonton TikTok oleh Yudi Irawan tentang perbualan antara Nabi Yahya dan Abu Murrrah sang iblis. Terkesan juga saya dengan perbualan mereka. Terutama tentang sifatnya yang abadi total bertentangan dengan kebaikan. Kegembiraannya, kebahagiaannya dan hidupmatinya yang bergantung dengan kejahatan. Betapa bahagia dan berkuasanya iblis dengan kekalahan anak Adam dalam meniti jalan benar. Senang cakap tapi susah buat hingga bak kata Nabi Muhammad saw menentang hawa nafsu itu adalah jihad, sedang nafsu hanyalah salah satu kenderaan si iblis ni, memang kita ni takde jalan lain kecuali terus menerus memastikan diri kita ini siaga di atas jalan yang benar.
Allahu Akbar! kerana kita ni hanyalah hamba yang penuh kelemahan, tiadalah daya melainkan kekuatanNya dan hendaklah kita senantiasa berpegang pada taliNya. Allahu Akbar! hidup ini kalau tak kanan jatuh ke kirilah kita. Kenapa takde antaranya? begini...
Saya mendengar juga ceramah Yang beberbahagia Ustaz Hassan Din, beliau kata yang tengah-tengah tu, yang dosa dan pahala timbangannya sama berat akan duduk di atas antara neraka dan syurga. Di sana akan terlihatkan mereka akan siksa neraka yang mana mereka tak sanggup jua menghadapinya. Namun, mereka akan menjadi ahli syurga dengan rahmat Allah dan syafaat Nabi Muhammad saw yang dicintai. Nampak tak? cuma ada kana dan kiri.. kalau tak pergi neraka pergi syurga. Nanti kalau sampai neraka (Mudah2an kita terselamat darinya), berkat doa Nabi Muhammad saw dari sujud demi sujud semasa selesai perhitungan, nabi akan berjaya menyelamatkan para pendosa yang disiksa api neraka jika mereka memiliki iman waima sebesar biji sawi (sila cari maklumatnya ya). Belum lagi syafaat baginda Rasulullah kepada pendosa besar ... haaa untungkan jadi Umat nabi Muhammad saw?
Berbalik kepada si Abu Murrah ~ kesombongan apakah hingga ia tidak gentar dengan siksaan neraka sedangkan dia bercakap2 dengan tuhan, bertemu tuhan, pernah menjadi tertinggi di kalangan malaikat dan tahu syurga neraka itu benar (depan mata)? Lainlah juga si kafir yang ketegaq benaq tak boleh tolong tak mampu masuk akal ada syurga neraka sebab depa tak nampak, lalu tertipu dengan si Abu Murrah dan bala tenteranya itu. Aduhai, malang. Makanya, bolehkah ente dan ana bayangkan dengan segala kebenaran tentang Allah swt itu wujud, lagi esa dan maha benar, terang-terang depan mata si Abu Murrah ni boleh takbur bukan sahaja kepada Nabi Adam tetapi kemudiannya kepada tuhan hinggakan kejahatan menjadi nadi kewujudannya. Huh! huh! huh! gi mana mau bilang ya? Nggak masuk akal kebodohannya itu kan?
Saya dulu tak faham kenapa sezarah sombong pun tak boleh kita miliki. Dengan kemampuan akal yang sederhana dan pengalaman hidup yang tak banyak, sedarlah saya kesombongan walaupun sikit memberanakkan kepada kejahatan dan kejahatan itu saya fikir akhirnya kepada penafian akan kebenaran Allah. Macamana nak cakap ek, kalau ikut akal kita kata takkan la ek.. dengan hanya memalingkan muka dengan ada hati riya rasa lebih sikit dari yang dipalingkan boleh masuk neraka? hmmm... cuba tanya si iblis ni. Kalau dapat.. sebab tak dapat tanya, marilah kita telusuri hikmah hikmah pertemuan para nabi dan wali dan perbualan mereka. Inshaa Allah, tak banyak sedikit dapat kita ambil hikmahnya untuk terus meniti jalan jihad menentang nafsu dan iblis laknatullah ini.Mudah-mudahan kita semua dillindungi Allah swt Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Comments
Post a Comment