Aku Yang Melupakan
Assalamualaikum,
Baru-baru ini saya mendengar ceramah dari MAZA tentang peperangan Jamal dan sedikit bacaan google tentangnya. It was a very sad story in history of islam. Begitu juga MAZA menyatakan kesedihannya. Saya juga berasa ada riak wajah sedih diwajahnya ketika bercerita mengenainya. Dan kerana kewalangan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata dan kehendak tuhan yang hanya Dia yang Maha Tahu, MAZA mengingatkan untuk menjaga mulut dalam membicarakannya. Yet, saya ingin memberi sedikit luhan hati dan rasa yang mengubah persepsi saya tentang kebenaran manusia.
Tuhan dalam firmanNya ada mengatakan tentang jalan yang banyak untuk sampai kepadaNya. dan tentulah kita manusia yang penuh dengan kekurangan dan kekangan mempunyai idea kebenaran yang berbeza-beza dalam menangani suatu permasalahan. Kerana rencam hidup yang berbagai-bagai sama ada dari segi susur galur, latar belakang, persekitaran, corak masyarakat dan berbagai-bagai lagi sebab asbab yang melatari sebuah pandangan kebenaran, sesungguhnya alasan sebuah kebenaran bagi manusia bukan hanya satu jalan. Perang Jamal adalah contohnya. Tiada siapa yang salah malah mereka dapat menjalani rundingan damai dengan baik. Sesungguhnya Saidina Ali Bin Abi Thalib, Saidatina Aisyah, para-para sahabat lain seperi Zubair dan Thalhah malah Muawiyah, mereka adalah kekasih-kekasih Nabi saw yang dijamin Nabi saw sebagai orang-orang yang adil. tak perlulah saya bercerita atau mengupas tentang kejahatan disebalik kisah Perang Jamal. Kejahatan tetaplah akan kalah, tidak di dunia pasti di akhirat.
Untuk itu, dunia sudah berubah pancang penglihatannya bagi seorang saya yang selama ini melulu mengambil pihak dalam banyaknya perkara. Apatah lagi hidup di akhir zaman yang penuh dengan duri ranjau pancaroba tipu muslihat dunia. Manusia dan kebenaran mereka, tidak boleh wewenang disepelekan. Saya akan berusaha menjadi pendengar yang lebih baik, tak mudah menilai namun hakikat kejahatan yang selalunya bersembunyi disebalik kepalsuan, mudah-mudahan tuhan akan terus menolong dan melindungi.
Lama dah saya terlupa malah bagai hidup dalam dalam mimpi sahaja. Dikesedaran ini, saya mohon sekali agar doa-doa kita umat Islam dimakbulkan dan kita dapat bersatu kembali dikampung abadi syurga firdausi. Amin.

Comments
Post a Comment