Hak Asasi Manusia, im hooman!

 

Assalamualaikum,

Kelmarin, saya ada memuat naik satu status di FB. Bunyinya begini:

"Keakuan adalah pemberontakan jiwa yang disokong oleh hak kebebasan diri yan diagungkan oleh  barat.

Walhal keakuan murni adalah recognition dari tuhan siapa aku(!) di mata-Nya"

Status ini ditulis apabila saya sedar apa maksud sebebnar kebebasan. sekian banyak kita dengar dan cuba aplikasikan dalam hidup seperti kebebasan bersuara, kebebasan meluahkan pendapat, kebebasan apa apalah pun dan akhir sekali islam  mengiktiraf kebebasan dalam memiliha agama. Tapi jika sekali memilih islam, bila murtad hukumannya boleh MATI.

Kenapa tak bebas pula?

Saya sebenarnya ingin menyatakan kesyukuran saya telah dilahirkan dalam Islam, membesar dalam keuarga islam dan hidup dikalangan majoriti Islam. Malaysia pula mempunyai prasarana yang cukup untuk para muslim menegakkan agamaNya ini. Tiada pergolakan politik hingga menyanggah kebebasan beragama Islam di bumi Malaysia ini. Segala puji-puji bagi Allah untuk segala limpahan rahmat ini. Mudah2an saya dapat meraikan kebebasan yang sebenar dalam  meraih sdiri saya "Keakuan" saya di hadapan Rabb yang sebenar dalam hakikat penciptaa dan makhluk makhluk yang diciptakan iaiti ALLAH adalah AL KHALIQ manakala kita setuap terwujud dan adalah baharu adalah ciptaanNYA.

Hakikat ini hanya ada pada Islam. Bila menganut agama lain maka mereka tidak mahu mengakui hakikat ini. Ini pada saya adalah soal hidayah milik tuhan 100% tetapi adakah tuhan maha zalim hidayah tidak diberikan langsung sedangkan peringatan daripada Adam A.S hingga Rasul terakhir Muhammad SAW menjelaskan hakikat ini. Para Nabi2, sahabat2, wali2, ulama2 dan pendakwah pendakwah besar atau kecil terus meneruskan menyebarkan risalah kebenaran ini bahawa ALLAH itu esa satu-satunya AL KHALIQ dan waima tuhan lain apapun yang disembah hanyalah dan tetaplah bukan tuhan tapi kategori taghut jua. Jika berhala matahari bulan atau apa2 agama pagan, Nabi Ibrahim ada untuk berhujah, Jika lembu atau dewa-dewa disitulah Nabi Muhammad menyelamatkan umat dengan kesesatan yang dibawa oleh iblis dan syaitan. Nabi Muhammad adalah nabi yang membenarkan risalah risalah yang dibawa oleh nabi nabi dahulu. Apa yang diperjuangkan oleh nabi dahulu jangan menyembah tuhan taghut2 itu tapi ALLAH yang esa. Begitulah perjuangan Nabi Muhammad seterusnya (yang masih saya pelejari lagi). Kebenaran ini terkandung dalam penyataan membenarkannya dengan hati dan lidah iaitu Asyhadu a la Ilaha Illallah, Wa asyhadu anna Muhammadarrasulullah.

Kebebasan ialah dapat berjalan di atas kebenaran ini. Larilah daripada kebenaran ini maka kau adalah pelarian yang enggankan kebenaran maka hakikat hakikat pelarian yang tidak pernah bebas akan menyarung tubuh. Paling takut adalah ancaman belenggu tuhan pada kekufuran akan kebenaran ini. dan berlari lari lah kau dalam belenggu percaya pada kesalahan itu. Kelak bila segala kebenaran ini jelas dibentangkan di akhirat, tiada lagi iblis syaitan menghasut dan tiada lagi dolak dalik para penafi, tinggallah kita ditimbang diadili di mata tuhan siapa Kita. ATAU per se siapa Aku di mata-NYA.

InshaaAllah Dia membimbing kita.

Comments

Popular posts from this blog

Yahudi dan Jiwa-Jiwa Yang Merdeka

Sepi Tanpa Cinta?

Bakar Air Hendakkan Abu: Menari dengan siapa?