Tidakkah Aku Mahu Bersyukur
Assalamualaikum,
Frasa ini 'kebaikan pasti mengatasi kebatilan' suaranya klise tetapi ia adalah keadilan maha jagat. Jelas ia berkisar tentang kejahatan dan kebaikan yang terus berperang mengambil tempat dan dunia adalah medan sandiwara kepada permainan duniawi yang tak pernah adil. Contohnya bumi palestin yang dijarah menjadi israel, orang2 kaya yang terus menindas si miskin, kapitalisme, yang kaya terus kaya dan yang miskin terus tertindas, modenisme dan kebebasan yang memakan diri. Pelbagai lagi.
Di mana keadilah maha jagat 'kebaikan pasti mengatasi kebatilan'?
Pertamanya apabila rahmatalil al amin dilahirkan ke dunia penuh pancaroba ini. Baginda Muhammad saw adalah hadiah bagi orang islam. (Saya belum bersedia bercerita panjang lebar tentang kemuliaan rasulullah. Cukup di sini saya nyatakan baginda adalah kemenangan pertama kehidupan untuk kembali ke kampung abadi di syurga kelak).
Keduanya adalah khabar bahawa pada setiap masa dan zaman tuhan akan mengutuskan orang-orang yang akan menegakkan kalimah 'Laailaha illallah Muhamadurasulullah' menentang segala kebatilan daripada kebenaran ini.
Ketiganya adalah akhirat itu sendiri. Di sanalah hari pengadilan dipertimbangkan, dibentang dan dibahas di hadapan Al Khaliq yang maha pencipta sendiri.
Dimanakah kita dalam tarian penuh rentak irama paluan gendang ini? tarian perjuangan atau tarian kekalahan?

Comments
Post a Comment