Posts

Showing posts from January, 2021

Ceritera Undang-Undang dan Aku

Image
  Assalamualaikum, Hidup memang payah. Sama ada kita menguasai kehidupan atau kehidupan menguasai kita. Yelah, sama ada kita yang set peraturan kehidupan dan hidup dengan peraturan tersebut atau kehidupan yang memakan kita dengan peraturannya. Contoh mudah - aku nak kurus jadi aku makan sehari sekali dengan nasi sejemput dan air 2 liter setiap hari ATAU aku tak pikir pasal makan tapi peraturan kehidupan kata orang yang tak jaga makan biasanya gemuk dan mati cepat sebab sakit. Contoh sahaja. Namun, dengan apa pun alasan, aku masih lagi membiarkan diri dikuasai kegemukan dan akibatnya bakal ditimpa penyakit yang mula menunjukkan kelibat. Namun, dikesempatan ini aku ingin bercerita apa yang aku faham dengan sistem perundangan di Malaysia ini. Aku mulakan di sini dengan zaman British yang memperkenal sistem 'common law' kepada kita dan terbentuklah mahkamah sivil. Apa itu 'common law'? ia adalah undang-undang adat negara England semenjak 1700an yang dipakai dimahkamah-mahka...

Bakar Air Hendakkan Abu: Menari dengan siapa?

Image
Assalamualaikum, Bagaimanalah boleh didapatkan abu jika yang dibakarnya air? Fikirlah sampai ke pluto patah balik bumi pergi ulang alik sejuta kali pun, takkan dapat apa yang dihajati. Bayangkan anda menyangka hanya bersuka-suka sedangkan membuka pintu tarian iblis dan menyangka akan ke syurga? Jadi secara ringkasnya walaupun hendakkan abu itu seperti perbuatan mudah, kita perlulah bertindak dengan cara yang betul atau kata lainnya ilmu yang betul dalam mendapatkan abu. Ilmu yang betul akan membuahkan amalan yang betul. Tanpa ilmu suatu amalan binasa tanpa amalan pula suatu ilmu itu menjadi sia-sia. Banyak perkara yang kita lakukan boleh jatuh sia-sia dan merugikan. Contohnya kalau kita lakukan dengan tidak ikhlas, maka tiada pahala kepada amalan tetapi berangan-angankan syurga. Entri sebelum ini saya bercakap tentang iblis, iblis ni tidak akan mampu menggoda umat Nabi Muhammad saw yang ikhlas! Ikhlas adalah perbuatan yang menyandarkan segala sesuatu kerana Allah swt semata-mata.  ...

Laknatullah Iblis: Kecelakaan Abadi

Image
 Assalamualaikum, Saya baru sahaja menonton TikTok oleh Yudi Irawan tentang perbualan antara Nabi Yahya dan Abu Murrrah sang iblis. Terkesan juga saya dengan perbualan mereka. Terutama tentang sifatnya yang abadi total bertentangan dengan kebaikan. Kegembiraannya, kebahagiaannya dan hidupmatinya yang bergantung dengan kejahatan. Betapa bahagia dan berkuasanya iblis dengan kekalahan anak Adam dalam meniti jalan benar. Senang cakap tapi susah buat hingga bak kata Nabi Muhammad saw menentang hawa nafsu itu adalah jihad, sedang nafsu hanyalah salah satu kenderaan si iblis ni, memang kita ni takde jalan lain kecuali terus menerus memastikan diri kita ini siaga di atas jalan yang benar. Allahu Akbar! kerana kita ni hanyalah hamba yang penuh kelemahan, tiadalah daya melainkan kekuatanNya dan hendaklah kita senantiasa berpegang pada taliNya. Allahu Akbar! hidup ini kalau tak kanan jatuh ke kirilah kita. Kenapa takde antaranya? begini... Saya mendengar juga ceramah Yang beberbahagia Ustaz H...

Yahudi dan Jiwa-Jiwa Yang Merdeka

Image
Jelas sekali, kita melayu, memang anti yahudi. Perlu dibezakan, kita melayu tidak membenci ahli kitab. Melayu dulu kala memang hampir semua islam hingga orang yang hijrah kepada islam dikatakan masuk melayu. Namun, semakin maju kita semakin terdedah kita kepada doktrin kepentingan peribadi yang dipanggil hak asasi. Kita sudah menukar istilah 'masuk melayu', simply just convert to muslim. Kita bencikan yahudi secara am bukan menjurus kepada serangan individu. Sebentar, kita recognize ahli kitab as ahli kitab adalah sewajibnya "mengenal Muhammad melebihi mengenali anak-anak mereka". Ya, ahli kitab semuanya membenarkan Muhammad. Secara ringkas, ahli kitab adalah sama-ada yahudi dan nasrani akan membenarkan apa yang dibawa oleh Muhammad saw. Oleh itu, mana ahli kitab yang ada kini? adakah mereka membenarkan Muhammad? Melalui nabi kita itu, dan kalam-kalam Allah tentang siapa yahudi membawa kita kepada sikap anti yahudi. Namun kitalah penggemar, pelanggan malah mungkin pen...

Ikut Hati Mati ...

Image
 Assalamualaikum, Sebelum saya pergi jauh dengan tajuk 'hati' ini, saya kongsi link yang menerangkan secara ilmiah maksud hati dan kaitannya dengan akal. Sementelah lagi, bukanlah niat saya bercerita tentang hati yang fizikal atau organ hati yang berada dalam relung dada kita ini tetapi sifatnya yang berkaitan dengan rasa. Apapun ini link tersebut http://www.islamquest.net/ms/archive/question/fa937 Hati pada saya semulajadi mencintai kebaikan. Maka kita mencari kebenaran. Dengan segala rasa dan bahas dengan akal dan pengetahuan serta pengalaman, kita akan memilih jalan hidup. Sebagai orang islam, iman adalah pengakuan hati. Pengakuan cinta kita kepada kebaikan, kebenaran dan kesedaran yang membawa kepada kita mengakui bahawa Allah adalah tuhan yang esa yang berhak disembah. Maka, inilah jalan hidup kita. Sama ada sebagai muslim yang baik atau sebaliknya. Mengapa saya katakan sebaliknya? kerana dalam hati juga bersarangnya nafsu dan kecenderungan naluri sama ada terdidik atau t...