Posts

Tidakkah Aku Mahu Bersyukur

Image
 Assalamualaikum, Frasa ini 'kebaikan pasti mengatasi kebatilan' suaranya klise tetapi ia adalah keadilan maha jagat. Jelas ia berkisar tentang kejahatan dan kebaikan yang terus berperang mengambil tempat dan dunia adalah medan sandiwara kepada permainan duniawi yang tak pernah adil. Contohnya bumi palestin yang dijarah menjadi israel, orang2 kaya yang terus menindas si miskin, kapitalisme, yang kaya terus kaya dan yang miskin terus tertindas, modenisme dan kebebasan yang memakan diri. Pelbagai lagi. Di mana keadilah maha jagat 'kebaikan pasti mengatasi kebatilan'? Pertamanya apabila rahmatalil al amin dilahirkan ke dunia penuh pancaroba ini. Baginda Muhammad saw adalah hadiah bagi orang islam. (Saya belum bersedia bercerita panjang lebar tentang kemuliaan rasulullah. Cukup di sini saya nyatakan baginda adalah kemenangan pertama kehidupan untuk kembali ke kampung abadi di syurga kelak). Keduanya adalah khabar bahawa pada setiap masa dan zaman tuhan akan mengutuskan oran...

Hak Asasi Manusia, im hooman!

Image
  Assalamualaikum, Kelmarin, saya ada memuat naik satu status di FB. Bunyinya begini: "Keakuan adalah pemberontakan jiwa yang disokong oleh hak kebebasan diri yan diagungkan oleh  barat. Walhal keakuan murni adalah recognition dari tuhan siapa aku(!) di mata-Nya" Status ini ditulis apabila saya sedar apa maksud sebebnar kebebasan. sekian banyak kita dengar dan cuba aplikasikan dalam hidup seperti kebebasan bersuara, kebebasan meluahkan pendapat, kebebasan apa apalah pun dan akhir sekali islam  mengiktiraf kebebasan dalam memiliha agama. Tapi jika sekali memilih islam, bila murtad hukumannya boleh MATI. Kenapa tak bebas pula? Saya sebenarnya ingin menyatakan kesyukuran saya telah dilahirkan dalam Islam, membesar dalam keuarga islam dan hidup dikalangan majoriti Islam. Malaysia pula mempunyai prasarana yang cukup untuk para muslim menegakkan agamaNya ini. Tiada pergolakan politik hingga menyanggah kebebasan beragama Islam di bumi Malaysia ini. Segala puji-puji bagi Allah un...

Aku Yang Melupakan

Image
 Assalamualaikum, Baru-baru ini saya mendengar ceramah dari MAZA tentang peperangan Jamal dan sedikit bacaan google tentangnya. It was a very sad story in history of islam. Begitu juga MAZA menyatakan kesedihannya. Saya juga berasa ada riak wajah sedih diwajahnya ketika bercerita mengenainya. Dan kerana kewalangan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata dan kehendak tuhan yang hanya Dia yang Maha Tahu, MAZA mengingatkan untuk menjaga mulut dalam membicarakannya. Yet, saya ingin memberi sedikit luhan hati dan rasa yang mengubah persepsi saya tentang kebenaran manusia.  Tuhan dalam firmanNya ada mengatakan tentang jalan yang banyak untuk sampai  kepadaNya. dan tentulah kita manusia yang penuh dengan kekurangan dan kekangan mempunyai idea kebenaran yang berbeza-beza dalam menangani suatu permasalahan. Kerana rencam hidup yang berbagai-bagai sama ada dari segi susur galur, latar belakang, persekitaran, corak masyarakat dan berbagai-bagai lagi sebab asbab yang melatari seb...

Keajaiban Alam ~ Sains dan Semesta

Image
 Assalamualaikum, Tiap kali membaca ayat 3-4 Al Mulk, saya sangat terkesan dengan ayat itu yang meminta kita melihat alam dan mencari jika ada kecacatan. Ciptaan tuhan ini seimbang dan kita di suruh mengulangi pemerhatian malah akan hanya kepenatan kerana tiada cacatnya. Ia SEIMBANG. Baca sedikit di google tadabbur ayat 3-4 surah Al Mulk dapatlah sedikit pengetahuan bahawa ia memang ada kaitan dengan sains.  Saya amat meminati sains cuma rezeki saya di bidang sastera perundangan pula. Dulu masa saya kecil-kecil saya suka melihat alam dan wajah manusia dan berfikir-fikir semuaya seimbang. Pasti ada sebelah bagi yang sebelah lagi dan kemudian saya bandingkan dengan huruf 'G' mana seimbangnya? ia soal jawab yang suka-suka hinggalah saya membaca Al Mulk sebagai amalan dan tadabbur disebuah fb yang tuhan meminta kita perhatikan bukan dengan semberono. Perkataan arab yang ada di ayat 3-4 surah itu dibincang-bincangkan membawa maksud tuhan meminta kita perhatikan dan belajar dan ment...

Ikhlas~ Cahaya Terulung Manusia

Image
Assalamualaikum, Tiada yang mampu mengalahkan keikhlasan waima si iblis. Iblis mengaku sendiri depan junjungan besar kita Nabi Muhammad saw, dia akan melakukan segala hasutan tipu daya ke atas anak cucu adam, namun............. tak mampu bagi yang ikhlas. Aku boleh menari tergolek-golek atas rumput padang menghijau bak hindustan dan lagu cintanya meraikan kemenangan yang dijanjikan ini, akan tetapi memahami hakikat ikhlas seumpama semut hitam di atas batu hitam di malam gelap gelita, mana nak 'cari' keikhlasan. Mustahil? Kalau cakap dengan logik akal terpaksalah carik kanta bagai... tak perlu, kita ini memang hamba tuhan. Kita mengikhlaskan segala-galanya 'sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah tuhan sekelian alam' dan ikrar ini kita ulang-ulang setiap kali solat. Tidakkah kita memaksudkan ikrar kita ini? Ya, kita kadang-kadang terbabas, tergelincir, terjatuh, terluka, dan segala 'ter' yang ada namun, itu hanyalah menunjukkan yang kita n...

Ceritera Undang-Undang dan Aku

Image
  Assalamualaikum, Hidup memang payah. Sama ada kita menguasai kehidupan atau kehidupan menguasai kita. Yelah, sama ada kita yang set peraturan kehidupan dan hidup dengan peraturan tersebut atau kehidupan yang memakan kita dengan peraturannya. Contoh mudah - aku nak kurus jadi aku makan sehari sekali dengan nasi sejemput dan air 2 liter setiap hari ATAU aku tak pikir pasal makan tapi peraturan kehidupan kata orang yang tak jaga makan biasanya gemuk dan mati cepat sebab sakit. Contoh sahaja. Namun, dengan apa pun alasan, aku masih lagi membiarkan diri dikuasai kegemukan dan akibatnya bakal ditimpa penyakit yang mula menunjukkan kelibat. Namun, dikesempatan ini aku ingin bercerita apa yang aku faham dengan sistem perundangan di Malaysia ini. Aku mulakan di sini dengan zaman British yang memperkenal sistem 'common law' kepada kita dan terbentuklah mahkamah sivil. Apa itu 'common law'? ia adalah undang-undang adat negara England semenjak 1700an yang dipakai dimahkamah-mahka...

Bakar Air Hendakkan Abu: Menari dengan siapa?

Image
Assalamualaikum, Bagaimanalah boleh didapatkan abu jika yang dibakarnya air? Fikirlah sampai ke pluto patah balik bumi pergi ulang alik sejuta kali pun, takkan dapat apa yang dihajati. Bayangkan anda menyangka hanya bersuka-suka sedangkan membuka pintu tarian iblis dan menyangka akan ke syurga? Jadi secara ringkasnya walaupun hendakkan abu itu seperti perbuatan mudah, kita perlulah bertindak dengan cara yang betul atau kata lainnya ilmu yang betul dalam mendapatkan abu. Ilmu yang betul akan membuahkan amalan yang betul. Tanpa ilmu suatu amalan binasa tanpa amalan pula suatu ilmu itu menjadi sia-sia. Banyak perkara yang kita lakukan boleh jatuh sia-sia dan merugikan. Contohnya kalau kita lakukan dengan tidak ikhlas, maka tiada pahala kepada amalan tetapi berangan-angankan syurga. Entri sebelum ini saya bercakap tentang iblis, iblis ni tidak akan mampu menggoda umat Nabi Muhammad saw yang ikhlas! Ikhlas adalah perbuatan yang menyandarkan segala sesuatu kerana Allah swt semata-mata.  ...